Wednesday, 30 July 2014

CUTI-CUTI SYAWAL - KUALA GULA, PERAK


KUALA GULA , PERAK

Disebabkan cuti raya aku adalah panjang selama seminggu, aku pun riki-riki mana aku nak pi jalan-jalan. Adik aku ajak pi cameron, tp mak aku nak pegi tmpt yg belum pernah pergi..cameron tu slalu pergi katanya.
Aku dah lama dgr pasal Kuala Gula tp x pergi-pergi jgk. Jadi aku suggest kt adik2 aku utk pergi ke Kuala Gula.

Kitorang ke sana pada hari raya ke-4..planning awal nak keluar sesudah subuh..tp pukul 10 pg br kitorang gerak dr Alor Setar sebab semua terbabas tidur..lps tu masing2 menyalahkan orang lain.
Untuk ke Kuala Gula, boleh ikut highway PLUS exit Bukit Merah.Lps tol bukit merah, jumpa simpang 3 and ada trafiic light....sila ikut kiri arah ke semanggul, bagan serai.Arah ke kanan adalah ke Selama....aku pi ambik arah selama...makanya sesatlah aku sampai ke selama nu....akhirnya sampai Kuala Gula pukul 3 ptg.

Kalau ikut arah semanggul....drive sampai jumpa balai polis semanggul kt simpang empat...kt situ akan ada signboard bagitau arah nak ke Kuala Gula.
Korang jugak boleh keluar ikut exit Kemunting/Taiping....rasanya ikut situ lagi mudah dan cepat



Di Kuala Gula, kami stay kt Kuala Gula Santuary Resort. Aku book 1 standard room shj. Ada 2 single bed dan bilik adalah luas.Bolehlah nak letak toto lagi Harga utk std room RM 110/mlm
Aircond,TV,kettle, hot shower semua ada TAPI tuala adalah tidak diprovide...sila bawak sendiri

Bilik standard. Agak luas.Aku siap hampar TOTO, maklumlah terlebih ahli


Pemandangan dari beranda bilik.Ini bilik jiran sebelah...hujung sana tu yg color warna warni tu ada restoren JS Muara


Di resort ni ada jugak restoren...nama restoren ni Restoran Cenderawasih.Tapi ada pengalaman tak berapa nak best. Adik aku order air then tunggu orang ambik order..sampai setengah jam tak ada org dtg ambik order...blah mcm tu lah bdk tu..kenkonon nak makan nasik...last last balik bilik mintak bekal bihun ngan mak.

Malamnya kami nak try makan kt restoren JS muara .Masyaallah ramainya org...entahlah sbb semua pakat blk kg beraya then singgah mkn sini ke apa.Aku tunggu makanan nak sampai adalah dalam 3 jam....naik stress jadinya..bkn kata makanan...air pun lambat...bikin panas btl.



Antara hidangan yg aku order...ketam lembut masak pedas 3 ekor, kari semilang,telur dadar, cendawan goreng dgn air laici sejag = RM 75

Suasana malam di resort. Boleh park kereta sampai depan pintu chalet

Sebelum nak tidur, aku tanya mak aku matahari terbit pukul berapa..dia kata pukul 7....esok pepagi org lain dok tido lg..aku dah buka pintu beranda...lepak situ...tunggu punya tunggu aku x nampak sunrise pun

Ni jer yg aku dapat...frust!!!!

Deretan chalet dr beranda bilik aku....sini adalah sesuai untuk kaki pancing

Yg terapung tu adalah restoren JS muara...masa operasi dr jam 12 tgh hari..

Nelayan dah keluar ke laut

Breakfast adalah included dlm harga bilik utk 2 org....tp AWAS...breakfast yg aku dpt hr tu adalah nasik goreng putih ngan telur dadar hangit...aku pun x tau mcm mana depa boleh letak telur yg hitam tu utk tetamu.
Roti bakar 2 set ( x leh mintak lebih ya)...staff restoren akan bakar dan htr ke meja tetamu.

Dah lps breakfast, aku jalan2 kt area tepi2 restoren cenderawasih tu ( breakfast kt restoren cenderawasih tu). Ada nampak jeti..rasanya tempat bot pick up untuk sesapa yg nak ambik boat tour.
Kat resort ni, ada provide boat tour jgk...kalau pergi ramai2 mmg best..boleh sewa boat untuk pusing sungai tu.Paling murah rasanya RM 200 utk tour 2 jam.


Me and my mom dekat jetty.Kitorang x ambik tour tu sbb x cukup budget.

Jiran sblh tgh mengail ikan....ada yg x tidur mlm sbb mengail...tp bukan aku lah..baik aku tido

Suasana pagi di resort...ramai yg dah check out time ni

Welcome signage kt pintu masuk resort

Kitorang check out dlm pukul 10 pg untuk ke destinasi seterusnya

Bersambung.........

No comments:

hak milik geng seliparkentel