Sunday 22 February 2015

APA ADA DI BRUNEI (DAY 2 & 3)


Hari kedua iaitu hr jumaat, kitorang start pukul 9pg.Staff kt Pusat Belia bgtau, hari jumaat memang ramai org kt Tamu Kianggeh sbb hari cuti.So, let's go and see- see apa yang ada.
Seperti yg dijangka, memang ramai org sampai parking pun sesak.Nasib baik kitorang jln kaki sj ,kalau tdk kami antara yg menambahkan kesesakan.


Suasana pagi jumaat Tamu Kianggeh

Tamu kianggeh lebih kurang mcm pasar tani/pagi kalau di semenanjung.Ada jual sayur sayur,ikan dan juga mknan.


Antara yg dijual. Mostly harga BND 1. Tapi di sini sebutan ringgit digunakan dan bukannya dollar walaupun dibayar pakai Brunei Dollar. Singapore dollar juga diterima di Brunei


Udang kering dan ikan bilis pun ada. 500 gram udang kering = BND9


Buah durian isi merah. Selonggok BND 12


Isi durian merah. Pada aku rasa dia x sama mcm rasa durian biasa. Tak sedap kt tekak aku, seulas pun x blh habis. Tak mungkin akan aku rasa lagi

Bungkus makanan dan balik mkn kt Pusat Belia. Lepas dah siap mkn, kitorang sms Abang Helmy bgtau kitorang akan ambik tour dgn dia dan akan tunggu kt gate Masjid Omar. Dah siap sms, kluar dari Pusat Belia dan jalan kaki ke Masjid Omar.Masa tu dah pukul 11 lebih jd jalan dah agak lengang sbb jabatan kerajaan dah tutup start pukul 11pg - 2 ptg.

Menara Jam di tengah jalan

Mini stadium utk hari kebangsaan brunei pada 23/2


Tempat melepak kami pada hari jumaat depan Masjid Omar. Dikeliling adalah shopping mall tp tutup sbb solat jumaat.Kalau jalan terus ke depan akan sampai ke waterfront


Dari sini boleh nampak Masjid Omar

Lepak kt waterfont mengadap kg ayer

Pukul 2 ptg, Abg Helmy datang pick up ngan Avanza dia kt Masjid Omar. Sebelum start tour, pi isi minyak dulu. Minyak adalah murah kt sini. 1 liter = 0.53 sen. Abg Helmy isi BDN 5 jer utk half day tour.

Abg Helmy cakap ada stesyen minyak shell saja di brunei

Tempat pertama yg kitorang pergi adalaha Muzium Brunei tp ditutup untuk renovation. Jadi kitorang pergi ke Malay Technology Museum.Kitorang sampai sana pukul 2 ptg tp muzium pulak buka pukul 2.30 ptg. Jalan-jalan dulu kt belakang muzium, ada laut kt belakang tu.


Entrance Malay Techology Museum. Free entrance

Sungai kt belakang muzium

Dalam muzium ni ada replika rumah-rumah melayu di Brunei dan cara kehidupan mereka.

Antara rumah melayu Brunei

Lukisan-lukisan yg cantik dan nampak real. Lukisan rumah ayer


Keadaan dalam rumah suku kaum yg terdapat di Brunei. Rasanya ni rumah Iban kot

Malay Technology Museum

Lepas dari Malay Technology Museum, kitorang di bawa ke salah satu masjid di Kg Ayer yg boleh dilalui melalui jalan darat

Bergambar di depan masjid.Lupa dah nama masjid ni

Usai bergambar kt masjid ni, kami kemudian ke Masjid Solehuddin untuk solat Asar . Masa kami sampai belum masuk waktu, jadi apa lg layan bergambar dulu ler. 

Jabatan Perdana Menteri kalau x silap.Bersebelahan dgn Masjid Solehuddin


Masjid Solehuddin. Ada mcm di Morocco tak?
Dalam Masjid Solehuddin


Tempat solat wanita di tingkat atas

Dekorasi dlm dewan solat. X berani nak ambik gambar lebih2 sbb ambil gambar adalah tidak dibenarkan tp Abg Helmy pandai2 jer suruh kami bergambar dlm dewan solat

Dah selesai solat, kami ke Stadium Negara Hassanal Bolkiah. Kalau ada perlawanan bola sepak atau sukan asean, kt sinilah ianya akan diadakan.

Salah satu pintu masuk stadium

Tak jauh dari stadium, kami ke Parlimen Brunei. Jalan adalah lengang, jd ambiklah gambar kt tengah jalan pun tak ada masalah


Parlimen Brunei

Pejabat Perdana Menteri adalah tempat seterusnya yg kami singgah. Gambar dari luar sahaja sebab hari Jumaat adalah cuti dan gate adalah ditutup



Depan Pejabat Perdana Menteri, Brunei

Cukup dah kot melawat jabatan kerajaan dan masjid, kami seterusnya ke Taman Tasek Lama.Jauh jugak nak menapak masuk ke dalam taman tu.

Air Terjun dekat Taman Tasek Lama

Trek untuk jogging di Tasek Lama memang terjaga dan cantik. Ramai penduduk tempatan yg dtg ke sini untuk beriadah.

Dari Taman Tasek Lama, kami di bawa ke Kubah Makam Diraja Brunei yg menempatkan makam sultan dan kerabat diraja brunei


Gambar yg diambil dr kawasan parking shj. Ada masa untuk pelawat masuk ke kawasan makam.

 Lepas dr makam diraja.Singgah di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. Sapa nak jd ustaz ngan ustazah kena masuk sini dulu


Kolej Perguruan Ugama

Agenda seterusnya mestilah ke Istana. Istana pilihan adalah Istana Nurul Iman yg didiami oleh Sultan Hassanal Bolkiah.Masa kitorang berhenti, kena halau ngan guard kt situ, abg helmy tanya tak boleh ambik gambar ke tapi guard kata pusing satu pusingan dulu sebab ada keluarga di raja akan turun dari istana. Kitorang pun buat satu pusingan tapi memang dah tak berharap dapat ambik gambar sbb tak dengar bunyi siren apa pun lagi.Abg Helmy cakap, tak apa kita cuba lagi sbb bukan selalu nak sampai ke Brunei. Bila kami sampai kali kedua, guard kat situ dengan baik hatinya dan tersenyum suruh kami ambik gambar.Katanya tadi sultan turun, patutlah kami kena halau.


Sampai jugak aku ke Brunei ni


Pintu utama Istana Nurul Iman

Istana Rasmi Sultan Brunei

Abang Helmy kemudiannya bawa kami ke Masjid Jame' Hassanal Bolkiah untuk solat Maghrib. Cantik Masjid ni tapi aku suka lagi Masjid Omar Saifuddin.

Masjid Jame' Hassanal Bolkiah


Air pancut di halaman Masjid Jame'


Suasana malam Masjid Jame'

Kami mintak Abg Helmy bawak kami ke Pasar Malam Gadong sebab dah berdekatan ngan Masjid Jame' dan sebab semalam kami tak dapat pergi. Sorry gambar di Pasar Malam tak ada. Suasana dan makanan lebih kurang kita sahaja. Aku beli nasik campur, nasik+ kerabu mangga+ ikan goreng+ kari telur ikan = BND 4
Lepas dah membeli makanan kt pasar mlm, Abg Helmy tanya nak dia hantar balik ke Pusat Belia ke..Jawapan kitorang htr jer kat Kompleks Yayasan Hassanal Bolkiah..haha..ada hati lagi nak shopping tu.
Kami bayar BND 45 sbb dah extra 2 jam..sampai kt yayasan dah pukul 8 mlm...patutnya BND 30 utk tour dr 2-6 ptg.Walaupun dia x mintak tp ikut budi bicara masing-masing lah.

Kitorang beli souvenier kt salah satu kedai souvenier kt ground floor. Tutup pukul 9 pulak, tergopoh gapah kitorang memilih souvenier. Pada aku harga adalah mahal kalau di convert ke RM ..ya lah BND1= RM 2.64
Most FM rate 4pcs = BND 10, tshirt budak- budak pun BND 14.90, T-shirt dewasa range BND 16.90 ke atas. Aku sempat rembat tote bag utk mak pegi surau , itu pun BND 12, sehelai tshirt utk diri sendiri dan anak buah, glass kecik I love Brunei utk adik-adik ( BND 4.90/pcs) and FM utk kawan-kawan.

Day 3

Seawal jam 6.30 kitorang check out dari Pusat Belia. Hari ni Pusat Belia penuh sbb Pasukan Belia Cinta Negara akan stay sini utk perbarisan Hari kebangsaan Brunei.Terus menapak ke stesyen bas dan naik bas ke airport. Bas bergerak dlm pukul 7 pg dan sampai airport jam 7.30.

Tapi ada pulak masalah masa nak masuk boarding room. Memandangkan aku x check in luggage dan dah buat web check in, teruslah aku masuk untuk pemeriksaan imigresen semua. Aku ingat dah x kena timbang bag apa semua. Sekali masa aku nak masuk boarding room, aku nampak penimbang...ha..mampus sbb aku tau bag aku berat lebih dr 7 kg. Mmg aku kena tahan sbb katanya aku boleh bawak 1 bagpack saja and bag plastik yg aku pegang aku x leh bwk.Aku ckp bkn AA kasik bawak 2 bag ke, then dia jawap 1 bag bagasi and 1 bag laptop/handbag. Amboi berkiranya. Then aku bgtau bag plastik tu semua brg souvenier and kebetulan bag plastik tu ada label kedai souvenier yg ada kt airport jgk, Jadi aku cakap aku beli kt airport takkan nak kena tinggal jugak. Lps diorang discuss, diorang lepaskan jugak souvenier tu tp depa suruh aku timbang backpack aku. Cuak dah aku.Sekali timbang aku tgk berat adalah 9kg...hbs dah aku kali ni...tetiba aku dgr minah tu cakap OK...oh leganya..terus aku ckp ..terima kasih kak...Inilah pertama kali aku kena tahan masa nak masuk boarding room sbb luggage..cuak wei.

Tamatlah sudah percutian pendek aku ke Brunei.Akan ke Brunei lagi ?, insyaallah sbb aku teringin nak ke Temburong national park, ditambah dengan org- org Brunei yg peramah. Sentiasa memberi salam dan tersenyum bila berjumpa.Tambahan bila tau kita dari Semenanjung, memang extra peramah.

SEKIAN












hak milik geng seliparkentel