Thursday 31 July 2014

CUTI CUTI SYAWAL - TAIPING & BUKIT MERAH



Bersambung dr entri Kuala Gula

Lepas dah check out dr Kuala Gula Sanctuary Resort, terus gerak ke Taiping.Plan kitorang untuk hari ni nak ke Bukit Fraser, Zoo Taiping dengan Bukit Merah.
Dalam 30 minit, kitorang sampai kt Bukit Fraser.Dah banyak kali aku ke Bukit Fraser ni tp x pernah-pernah dapat naik.Hari ni aku harap dapat sangat naik atas tuuu....TAPI...bila sampai dia kata jeep tidak beroperasi sebab ada tanah runtuh...aku pun x tau sampai bila x beroperasinya.

Bergambar kt luar sajalah jawapnya

Dengan rasa menyampahnya....kami bergerak ke Zoo Taiping....masa lalu kt Taman Tasik tengok tasik kering kontang.Masuk park kt kawasan zoo taiping..kena bayar RM 3 per entry
Dah selesai park...bolehlah ke Kaunter Tiket.Harga tiket adalah mahal sekarang.RM16 ( Dewasa) and RM 8 (Kanak-kanak/Warga emas).Masuk jer lps tag tiket tu...akan ada orang ambik gambar korang..biasalah satgi masa keluar mesti depa tunjuk gambar tu kot2 ada yg nak beli as souvenier.


Bergambar dulu kat luar

Kalau rasa- rasa malas nak menapak kt dalam zoo tu...boleh naik tram. Tram ni free, naik lah sepuluh kali pun..sebab tu tiket mahal kot.

Ahli rombongan atas tram selepas dah menapak seround

Kalau tanya pendapat aku...binatang kt zoo ni adalah tidak berapa banyak dan zoo agak tidak terjaga.Mulalah aku nak compare dengan Taman Safari 2, kat Surabaya tu.Kalau compare memang kalah teruk Zoo Taiping ni.
Layankan jerlah apa yg ada ....dah x ada tempat nak dituju...masuk sini sajalah


 Chimpanzi???kenal???
 Aku rasa binatang ni femes ngan Tarzan kan???
Buaya Darat...entah hidup ke mati..keras kejong jer aku tengok

Kawasan Singa Afrika

Sedih tengok Singan Afrika...kurus kering saja 

Nampak burung atas pokok???

Ada jugak kedai souveneir

Jumpa 2 ekor saja zebra


Binatang yang wajib dilawati kalau ke zoo...ZIRAFAH LAH!!!!

Burung kakak tua di pintu keluar...say BYE BYE, JUMPA LAGI...jwp aku mungkin lambat lagi kot baru aku akan ke sini lagi

Hah!!!!ni dia gambar yg ditangkap tadi masa kt pintu masuk...aku beli jugak as a 'family momento'
Harga sekeping RM 30 ( x ada frame pulak tu)

Kami seterusnya ke Bukit Merah.Masih dalam mood raya agaknya semua orang sebab orang tak ramai datang ke sini.


Nostalgia desa

 Siap ada harga promo

Kami tak ada beli tiket kat sini pun sebab tak berminat dengan waterpark semua...lagipun dah agak petang...dalam pukul 2.30 petang.Singgah makan kt kafeteria dulu...kebulur dari pagi belum makan.Setakat nasik goreng putih ngan telur hangit..memang tak mampu nak menahan lah.

 Kafeteria

Tujuan utama adalah nak ke Pulau Orang Utan sebab adik lelaki aku belum pernah sampai...aku pun  nak tengok juga ada apa perubahan dari last time aku ke sini dulu.
Kaunter tiket adalah dekat Jetty untuk ke Pulau Orang Utan dan bukannya dekat kaunter tiket themepark & ecopark tadi.
 Harga adalah sangat mahal bagi aku..RM 36 (dewasa) & RM 18 (kanak2 & warga emas)

Water Chalet...Wyna (anak buah) tanya...Along, bila kita nak dok situ?....hehe...nanti-nantilah ye...

 Atas bot untuk ke Pulau Orang Utan
Dah nak sampai...Jetty kt Pulau Orang Utan

Kat pulau ni..memang tak ada binatang lain melainkan Orang Utan sahaja.Macam-macam nama depa kasik...Adam ada, Harry ada...etc..etc

Tak tau nama apa orang utan ni

Pagar-pagar kt sini adalah dengan dawai elektrik untuk mengelakkan orang utan dari melarikan diri keluar...jadinya duduklah diorang dalam hutan tu. Menurut ranjer yg menjadi guide kami, sudah tiada lagi anak-anak orang utan dilahirkan di sini.

Ni Adam kot

Bangunan pentadbiran, tadika & hospital

 Unit makanan & Unit Rawatan

Lepas dari Bukit Merah..kami terus bertolak balik ke Alor Setar.Sampai Alor Setar dah pukul 7 petang. Apalagi..terus ke Pasar Malam la cari makanan

TAMAT sudah percutian 2 hari 1 malam


Wednesday 30 July 2014

CUTI-CUTI SYAWAL - KUALA GULA, PERAK


KUALA GULA , PERAK

Disebabkan cuti raya aku adalah panjang selama seminggu, aku pun riki-riki mana aku nak pi jalan-jalan. Adik aku ajak pi cameron, tp mak aku nak pegi tmpt yg belum pernah pergi..cameron tu slalu pergi katanya.
Aku dah lama dgr pasal Kuala Gula tp x pergi-pergi jgk. Jadi aku suggest kt adik2 aku utk pergi ke Kuala Gula.

Kitorang ke sana pada hari raya ke-4..planning awal nak keluar sesudah subuh..tp pukul 10 pg br kitorang gerak dr Alor Setar sebab semua terbabas tidur..lps tu masing2 menyalahkan orang lain.
Untuk ke Kuala Gula, boleh ikut highway PLUS exit Bukit Merah.Lps tol bukit merah, jumpa simpang 3 and ada trafiic light....sila ikut kiri arah ke semanggul, bagan serai.Arah ke kanan adalah ke Selama....aku pi ambik arah selama...makanya sesatlah aku sampai ke selama nu....akhirnya sampai Kuala Gula pukul 3 ptg.

Kalau ikut arah semanggul....drive sampai jumpa balai polis semanggul kt simpang empat...kt situ akan ada signboard bagitau arah nak ke Kuala Gula.
Korang jugak boleh keluar ikut exit Kemunting/Taiping....rasanya ikut situ lagi mudah dan cepat



Di Kuala Gula, kami stay kt Kuala Gula Santuary Resort. Aku book 1 standard room shj. Ada 2 single bed dan bilik adalah luas.Bolehlah nak letak toto lagi Harga utk std room RM 110/mlm
Aircond,TV,kettle, hot shower semua ada TAPI tuala adalah tidak diprovide...sila bawak sendiri

Bilik standard. Agak luas.Aku siap hampar TOTO, maklumlah terlebih ahli


Pemandangan dari beranda bilik.Ini bilik jiran sebelah...hujung sana tu yg color warna warni tu ada restoren JS Muara


Di resort ni ada jugak restoren...nama restoren ni Restoran Cenderawasih.Tapi ada pengalaman tak berapa nak best. Adik aku order air then tunggu orang ambik order..sampai setengah jam tak ada org dtg ambik order...blah mcm tu lah bdk tu..kenkonon nak makan nasik...last last balik bilik mintak bekal bihun ngan mak.

Malamnya kami nak try makan kt restoren JS muara .Masyaallah ramainya org...entahlah sbb semua pakat blk kg beraya then singgah mkn sini ke apa.Aku tunggu makanan nak sampai adalah dalam 3 jam....naik stress jadinya..bkn kata makanan...air pun lambat...bikin panas btl.



Antara hidangan yg aku order...ketam lembut masak pedas 3 ekor, kari semilang,telur dadar, cendawan goreng dgn air laici sejag = RM 75

Suasana malam di resort. Boleh park kereta sampai depan pintu chalet

Sebelum nak tidur, aku tanya mak aku matahari terbit pukul berapa..dia kata pukul 7....esok pepagi org lain dok tido lg..aku dah buka pintu beranda...lepak situ...tunggu punya tunggu aku x nampak sunrise pun

Ni jer yg aku dapat...frust!!!!

Deretan chalet dr beranda bilik aku....sini adalah sesuai untuk kaki pancing

Yg terapung tu adalah restoren JS muara...masa operasi dr jam 12 tgh hari..

Nelayan dah keluar ke laut

Breakfast adalah included dlm harga bilik utk 2 org....tp AWAS...breakfast yg aku dpt hr tu adalah nasik goreng putih ngan telur dadar hangit...aku pun x tau mcm mana depa boleh letak telur yg hitam tu utk tetamu.
Roti bakar 2 set ( x leh mintak lebih ya)...staff restoren akan bakar dan htr ke meja tetamu.

Dah lps breakfast, aku jalan2 kt area tepi2 restoren cenderawasih tu ( breakfast kt restoren cenderawasih tu). Ada nampak jeti..rasanya tempat bot pick up untuk sesapa yg nak ambik boat tour.
Kat resort ni, ada provide boat tour jgk...kalau pergi ramai2 mmg best..boleh sewa boat untuk pusing sungai tu.Paling murah rasanya RM 200 utk tour 2 jam.


Me and my mom dekat jetty.Kitorang x ambik tour tu sbb x cukup budget.

Jiran sblh tgh mengail ikan....ada yg x tidur mlm sbb mengail...tp bukan aku lah..baik aku tido

Suasana pagi di resort...ramai yg dah check out time ni

Welcome signage kt pintu masuk resort

Kitorang check out dlm pukul 10 pg untuk ke destinasi seterusnya

Bersambung.........

Monday 14 July 2014

LANGKAWI-HATYAI (LAST DAY)

Day 4 - LAST DAY

Kitorang dah book package island hopping dgn harga RM 35...tp ada org ckp ambik ngan AB motel lg murah..dlm RM 25/pax.Kitorang kena tunggu kt pintu masuk T- Star jam 9 pg....so pagi2 pukul 8.15 si nor dah ajak aku cr nasik lemak...Apa lg ..start lah kitorang mencari kedai..rupanya dekat ngan hostel tu ada satu warung..pakcik teksi suka lepak sini..masa aku sampai ada 2-3 teksi...pakcik2 ni mkn pulut ngan ikan masin..mmg makanan feveret org2 veteran kt kedah ni...mak aku mesti suka ni...

 Nasik lemak  utk aku.RM4.50(nasi lemak+ nescafe ais)

 Nor's breakfast

 Warung tu kt sblh Ayer Spa ni


Kat sini pun ada sewa kereta + motor.Ada jgk minimart.Tunggu utk island hopping pick up pun kt sini..berdiri lah korang kt tepi jln tu

Dalam pukul 9.30 jgk lah br van pick up sampai..ada 3 org dr T-star yg ambik package ni. Terus dibawa ke tempat bot utk island hopping

Bot-bot utk island hopping

 Since ni joint tour..jd kita akan dibahagi kepada group2..aku group orange..akan dilekat sticker utk identification..jgn silap boat plk

 Tempat mula-mula pergi ...Tasik Dayang Bunting..nampak bkt bentuk pregnant lady tu..nampak???

 Bot-bot selepas menurunkan penumpang...kt sini akan diberi masa sejam


 Hati-hati ...ada byk monyet liar

 Welcome to Tasik Dayang Bunting
Ada boat utk berkayuh

Ada jugak kolam utk kanak-kanak

Aku sekadar rendam kaki jer lah... xpandai berenang uollls

Jenuh gak nak mendaki kt sini...dlm 10 minit mendaki utk sampai ke tasik...

 Untunglah depa mai island hopping naik jet ski

Amboi korang...naik jetski pusing2 pulau na...i is jeles

Lepas dr Tasik Dayang Bunting...kami ke tempat utk tengok eagle pulak. Budak bot akan baling serpihan roti utk attrack helang ni utk ke arah bot
Haha...dia sudah mari

Helang menyambar serpihan roti

 Dah namanya island hopping...ke pulau lagi kita...PULAU BERAS BASAH

Pulau yg cantik jugak

Ada kedai utk beli air dan jajan.Air Tin RM 3 rasanya

Pulau Beras Basah

Banana boat anyone???RM 20

 Bot yg setia menanti tetamu utk pulang

Paragliding...aku x survey harga


Souvenier yg aku beli...RM 10

Selepas dr Pulau Beras Basah, terus balik ke jetty td..and akan ada van utk htr balik ke hotel masing2. Sampai ke hotel, mandi2 dan bersiap utk check out. Charge ada dikenakan RM10 utk setiap jam late check out.Check out time pukul 12...kalau korang check out pukul 2...silalah tambah lg RM 20 extra
Memandangkan flight pukul 5.30..jom kita pusing2 lg..minyak kereta ada byk lg ni...

Kami ke The Zone utk last shopping coklat...ini antara yg aku rembat hasil recommendation dr blogger Supermeng Malaya.Lunch kitorang kt kedai depan the zone ni...ada nasi campur.




Aku teringat Nor ckp nak cr minyak gamat....jd kami pun mencari lah tmpt menjual minyak gamat...akhirnya jumpa Nusantara Maju...kedai ni on the way ke Langkawi Airport kalo dr arah Kuah
Macam2 jenis minyak,air, balm gamat ada.



Lepas dr beli minyak gamat semua...terus berkejar ke airport sbb janji pukul 4 ptg..masa ni dah pukul 3.45. Tunggu lah org ambik kereta ni..dia pulak lambat..dlm 4.30 br sampai..lepas dah bg kunci and ambik deposit, kitorang terus masuk dlm airport..tunggu kt dlm jer lah kan...ada aircond and boleh mencuci mata lg

Langkawi Airport.Coklat adalah mahal

Langkawi Airport

Flight mendarat di KLIA 2 jam 7 ptg. Maka berakhirlah pengambaraan 4h/3m Langkawi-Hatyai-Langkawi













hak milik geng seliparkentel