Bersambung dr entri Kuala Gula
Lepas dah check out dr Kuala Gula Sanctuary Resort, terus gerak ke Taiping.Plan kitorang untuk hari ni nak ke Bukit Fraser, Zoo Taiping dengan Bukit Merah.
Dalam 30 minit, kitorang sampai kt Bukit Fraser.Dah banyak kali aku ke Bukit Fraser ni tp x pernah-pernah dapat naik.Hari ni aku harap dapat sangat naik atas tuuu....TAPI...bila sampai dia kata jeep tidak beroperasi sebab ada tanah runtuh...aku pun x tau sampai bila x beroperasinya.
Bergambar kt luar sajalah jawapnya
Dengan rasa menyampahnya....kami bergerak ke Zoo Taiping....masa lalu kt Taman Tasik tengok tasik kering kontang.Masuk park kt kawasan zoo taiping..kena bayar RM 3 per entry
Dah selesai park...bolehlah ke Kaunter Tiket.Harga tiket adalah mahal sekarang.RM16 ( Dewasa) and RM 8 (Kanak-kanak/Warga emas).Masuk jer lps tag tiket tu...akan ada orang ambik gambar korang..biasalah satgi masa keluar mesti depa tunjuk gambar tu kot2 ada yg nak beli as souvenier.
Bergambar dulu kat luar
Kalau rasa- rasa malas nak menapak kt dalam zoo tu...boleh naik tram. Tram ni free, naik lah sepuluh kali pun..sebab tu tiket mahal kot.
Ahli rombongan atas tram selepas dah menapak seround
Kalau tanya pendapat aku...binatang kt zoo ni adalah tidak berapa banyak dan zoo agak tidak terjaga.Mulalah aku nak compare dengan Taman Safari 2, kat Surabaya tu.Kalau compare memang kalah teruk Zoo Taiping ni.
Layankan jerlah apa yg ada ....dah x ada tempat nak dituju...masuk sini sajalah
Chimpanzi???kenal???
Aku rasa binatang ni femes ngan Tarzan kan???
Buaya Darat...entah hidup ke mati..keras kejong jer aku tengok
Kawasan Singa Afrika
Sedih tengok Singan Afrika...kurus kering saja
Nampak burung atas pokok???
Ada jugak kedai souveneir
Jumpa 2 ekor saja zebra
Binatang yang wajib dilawati kalau ke zoo...ZIRAFAH LAH!!!!
Burung kakak tua di pintu keluar...say BYE BYE, JUMPA LAGI...jwp aku mungkin lambat lagi kot baru aku akan ke sini lagi
Hah!!!!ni dia gambar yg ditangkap tadi masa kt pintu masuk...aku beli jugak as a 'family momento'
Harga sekeping RM 30 ( x ada frame pulak tu)
Kami seterusnya ke Bukit Merah.Masih dalam mood raya agaknya semua orang sebab orang tak ramai datang ke sini.
Nostalgia desa
Siap ada harga promo
Kami tak ada beli tiket kat sini pun sebab tak berminat dengan waterpark semua...lagipun dah agak petang...dalam pukul 2.30 petang.Singgah makan kt kafeteria dulu...kebulur dari pagi belum makan.Setakat nasik goreng putih ngan telur hangit..memang tak mampu nak menahan lah.
Kafeteria
Tujuan utama adalah nak ke Pulau Orang Utan sebab adik lelaki aku belum pernah sampai...aku pun nak tengok juga ada apa perubahan dari last time aku ke sini dulu.
Kaunter tiket adalah dekat Jetty untuk ke Pulau Orang Utan dan bukannya dekat kaunter tiket themepark & ecopark tadi.
Harga adalah sangat mahal bagi aku..RM 36 (dewasa) & RM 18 (kanak2 & warga emas)
Water Chalet...Wyna (anak buah) tanya...Along, bila kita nak dok situ?....hehe...nanti-nantilah ye...
Atas bot untuk ke Pulau Orang Utan
Dah nak sampai...Jetty kt Pulau Orang Utan
Kat pulau ni..memang tak ada binatang lain melainkan Orang Utan sahaja.Macam-macam nama depa kasik...Adam ada, Harry ada...etc..etc
Tak tau nama apa orang utan ni
Pagar-pagar kt sini adalah dengan dawai elektrik untuk mengelakkan orang utan dari melarikan diri keluar...jadinya duduklah diorang dalam hutan tu. Menurut ranjer yg menjadi guide kami, sudah tiada lagi anak-anak orang utan dilahirkan di sini.
Ni Adam kot
Bangunan pentadbiran, tadika & hospital
Unit makanan & Unit Rawatan
Lepas dari Bukit Merah..kami terus bertolak balik ke Alor Setar.Sampai Alor Setar dah pukul 7 petang. Apalagi..terus ke Pasar Malam la cari makanan
TAMAT sudah percutian 2 hari 1 malam