Seawal jam 7 pg kami dah pack beg sbb kami akan stay overnight kt Mount Sorak. Kami check out K hostel and simpan bag kt situ sbb esok kami akan stay balik kt sini. Dah lps simpan beg semua...kami prepare utk breakfast pulak...mcm biasa...telur goreng ngan roti..Roti, telur, jem and butter disediakan oleh hostel.
Kalo rasa nak mkn maggi..pergi lah ambik air panas tu..ada jer kt situ
Dari Dongmyo station..ambik lah subway utk ke Gangbyeong Subway Station.Lps kluar subway station cross jln ke Dong Seoul Bus terminal. Dah sampai kt bus station tu...masuk jer kt dlm tu..ada lah kaunter2 cam kt puduraya tu..Korang pergi lah ty kt counter tu ckp nak ke Sockho...
Sokcho adalah main town untuk ke Mount Sorak.Rega tiket bas one way adalah dlm KRW17500.
Tiket yg kitorang dpt pukul 11 pg. Trip ke Sockho ambik masa 3 jam.
Tepat jam 11 pg, bas dah ada kt platform.Lps dah check tiket..maka GSK pun ambik seat memasing. Sblm bas gerak, sila pakai seatbelt ya. Driver bas akan buat spotcheck sblm bas bergerak.
On the way ke Sokcho..bas akan stop kt satu hentian..mcm ala2 R&R kt highway plus tu...boleh lah kalo nak ke toilet ke..nak beli air ke...Lps 15 min stop..bas terus gerak ke Sokcho..
View di sepanjang perjalanan ke Sokcho, sungguh cantik.. Bas akan melalui kawasan gunung ganang..
"Wei... wei...hujan lah...Eh!Eh! Apasal hujan dia lain mcm?
Bkn hujan lah wei..salji!..salji!!!!
Hah...salji..mana???
Rupanya kt luar bas ada gerimis salji...dahtu nampak lah gunung2 yg dilitupi salji
Wah..excited dah kitorang sbb mmg kitorang berharap akan jumpa salji di mount sorak. Aku tengok..pakcik jepun kat belakang seat aku pun excited gak... Macam la kat negara dia xde kan..
Laju je kami mengzoom picture mount sorak tu...
Lps 3 jam perjalanan sampai lah kami di stesen bas Sokcho.Memula ingat nak ambik public bus tp sbb masa tu ujan..jd kami pun ambik teksi untuk ke hostel kami Seorak Morning Inn kt area mount sorak. Dlm 20 minit gak lah nak sampai ke hostel.
Bila dah sampai...dah ada pakcik tunggu ketibaan kami and bg kunci bilik.Siap bwk kami sampai ke bilik.
Buka tingkat nampak lah pemandangan bukit yg bersalji..Wah... x sabarnya nak jumpa real salji. Tp kt area hotel x der pulak ada salji. Cuaca time ni hujan gerimis. Sejuk.. xyah cakap la....
Lps dah mkn serba sikit wat alas perut..kami pun keluar nak ke Mount Sorak. Kami decide nak jalan kaki jer sbb nak tunggu bas lambat. Dalam keadaan hujan gerimis..kami berempat redah gak. Nasib baik, hostel kami ada sediakan payung. Kalo ikutkan dalam 15 minit jln dah leh sampai tp sbb keadaan yg sgt sejuk...jd lembablah sikit langkah kami. Sepanjang perjalanan nak ke mount sorak tu.. kami jumpe dh ketul2 ais yang dah cair... Hati dh mule berbunga2.. Xsabar dh nk jumpe realsalji ni....
Bila dah sampai kt entrance ...beli tiket.. ticket..dlm KRW 3000 kot. Lps tu kami jln menuju ke cable car pulak untuk ke puncak mount sorak.Tiket Cable car dlm KRW9000. Masa dok tunggu cable car...adalah group dr Indonesia baru mai..Penuhlah cable car tu..
On the way naik tu..nampaklah salji berguguran..wah ...excitednya memasing...biarlah ada gak salji kt atas tu...sambil tu.. galak gak kami ambik gambar dr dlm cable car tu..
Dah sampai..cable car station kt atas...keluar..keluar..terus kami di sambut dgn salji yg lebat..
Wah.... heavennye.. First time ni kami jumpe salji...Time ni.. xkira dah...walaupun jari sakit mcm dicucuk-cucuk.. maklumlah x prepare nak jumpa salji lebat. Lagipun kami memang x expect.. still ada salji time spring ni.. Kami setakat pakai sweater nipis and kasut biasa je...Tp disebabkan x pernah jumpa salji..kami redah jugak.Ambik gambar pun cepat2..
Agak2 badan nak beku tu.. kami masuk balik dalam cable station tuk panaskan badan.. Lepas tu.. kami kuar balik..
Kami mampu mendaki separuh sj..x sampai puncak sbb salji turun makin lebat.
Lebih kurang 1 jam..kami naik cable car untuk turun balik ke bwh.Cable car ni dlm 15 min jer perjalanan.
Dah sampai bwh..sibuk cr bilik air...konon-konon nak cr air panas kt toilet..Bila masuk x ada air panas nak panaskan tangan..sekali apa benda panas yg kami jumpa..Benda tu ala2 mcm tmpt aircond ..tp ada rasa panas...apa lg melekaplah tapak tgn ngan kaki kitorang kt kotak tu.
Keluar dr entrance mount sorak..terus nampak bas no 7-1 untuk ke sockcho..Apa lagi GSK pun berlari ler mengejar bas tu.Tak sanggup dah nak menapak. Kami terlambat tekan loceng.. terpaksa gak la kami menapak balik ke hostel. Ikutkan xde la bas terlajak jauh sangat.. tp disebabkan cuaca sejuk sangat.. kami rasa cam jauh je nak sampai ke hostel. Dalam perjalanan ke hostel, kami terjumpa la mart.. ingat nak masuk.. tp dh tutup lak.. maybe pasal cuaca sejuk sangat.. and cust xramai kot.. tetiba..
" Gong.. gong.. gong "
terkejut kami.. aduhhh..anjing mana lak sesat ni..sabar2..org tua2 kata jumpe anjing jgn lari kan..
Sib baik.. anjing ni dalam sangkar rupenya.. kalo xharu je kami kene lari balik hostel dlm sejuk2 camni.
dah selamat.. kami pun menapak balik kehostel. Dah sampai bilik...mandi2..lps tu prepare untuk dinner..Apa untuk dinner????
Ambik maggi..masuk tuppaware...turun bwh ambik air panas...tunggu maggi kembang..then siaplah dinner untuk mlm ni.
Sebelum tido tu... kami view picture time salji tadi.. Dalam hati.. rasa hepi sangat.. Sok dh nak balik ke seoul..
view mt soerak dr bas..
ni la hostel kami.. Soerak Morning Inn
dlm perjalanan ke mt sorak.. snap foto jap
Mt Soerak entrance
Menunggu cable car
View mt sorak dr cable car.. excited dh ni..
GSK posing sakan bawah salji tebal
Releks jap panaskan badan
Posing lagi 2nd time
View perjalanan balik ke hostel
bersambung Day 7
No comments:
Post a Comment