DAY 1
Assalamualaikum...lama betul tak update blog.
Jadi sempena CNY lepas, aku ke Brunei dari 19/2 - 21/2. Pada aku tak cukup masa yang aku ada untuk cover negara Brunei.Flight aku pukul 6.45 pg dan ada masa separuh hari utk jalan-jalan. Next day ada full day tapi sebab hari jumaat, muzium dan shopping mall tutup dr pukul 11pg- 2ptg. On 21/2, flight dr brunei pkl 9 pg..lglah x ada masa nak jln2
SELAMAT DATANG
Dari Brunei International Airport, kami ambik bas ke bandar. Bas tu warna purple dan tunggu di luar balai pelepasan.Bila keluar dari balai ketibaan,sila naik escalator ke tingkat satu dan tunggu bas di luar balai pelepasan
PUBLIC BUS
Aku lupa no.bas dari airport ke bandar. Setiap kali naik hanya bayar BND 1.Kami turun kat stesyen bas jalan cator. Dari stesyen bas, kami jalan ke main street depan tamu kianggeh dan belok ke kiri. Jalan dalam 5-10minit, kami sampai ke tempat penginapan kami selama di Brunei iaitu kat Pusat Belia Brunei.
Memang susah nak cari hotel yg murah kt Brunei dan Pusat Belia adalah tempat yg paling murah. Setiap sorang hanya perlu bayar BND 10 per night.Konsep adalah dorm and shared bathroom.
Kami bertiga dapat dorm 10 katil without sharing with other guest. Oh...heaven. Tilam not bad, siap ada aircond dlm bilik...no kipas ya.Toiletries and towel, sila bawak sendiri.
Pusat belia brunei
Dorm di Pusat belia hanya disewakan kepada pelancong asing dan bukan rakyat brunei. Priority akan diberikan kepada belia brunei dan sekiranya tiada aktiviti belia di situ, baru ia akan disewakan kepada orang luar.
Untuk booking,boleh whtapps Firdaus di +6738873066 (person in charge).
Dorm kami. Abaikan bilik yg bersepah itu..katil ada 10 tp dok 3 org saja
Bertentangan dengan pusat belia ada bangunan ni.Tak sure bangunan kerajaan atau museum
Lepas dapat kunci dan rehat sekejap, kami keluar nak cari lunch. Mula ke tamu kianggeh tapi sebab dah pukul 2ptg, jadi banyak stall yg dah tutup. Kami ke arah stesyen bas sbb masa bas lalu nak ke stesyen ada ternampak kedai makan.
Tamu Kianggeh
Ramai blogger suggest makan kt sini...tp mcm x ada pilihan utk minuman..jdnya kami pilih kedai seberang jln dan bertentangan ngan kedai ni...nama kedai tu AHRAB RESTAURANT
Dah kenyang..apa lagi mulakan explorasi bandar brunei. Kami berjalan ke arah Masjid Omar Saifuddin.Tak adalah jauh....dalam 10minit kot
Masjid Omar Saifuddin dari arah hadapan
Dari arah belakang untuk ke kampung ayer
Kampung Ayer terletak di bahagian belakang masjid. Ada jambatan untuk ke jetty yg menyediakan bot ke kg ayer. Masa kami sampai kt hujung jambatan, ada bot yg approach untk bwk pusing-pusing kg ayer selama 1 jam dengan charge BND15/bot. Kami mintak kurang BND 12 dan dia setuju.
Nama abang tu Helmy ( +6738615509) dan dia sangatlah bersemangat bercerita pasal sejarah kg ayer. Siap bawak kami singgah ke rumah dia dan kenalkan kami dengan isteri dan anak-anaknya.
Atas bot abg helmy..aku adalah cuak sbb x ada life jacket
Sekolah di kampung ayer
Masjid pun ada
Balai Polis di Kg ayer
Jalan-jalan di kg ayer
Dari beranda belakang rumah abg helmy
Ini bangunan baru rumah ayer.Harga utk rumah yg 2 tingkat BND 65k shj
Lepas dah habis pusing kg ayer, kami bayar BND 15 kt abg helmy sbb puas hati dgn servis dia dan mintak dia drop kami kt waterfront. Abg helmy cakap kalau nak dia jd guide and driver, dia boleh sbb hari jumaat dia x kerja..Dia charge BND 30 utk tour dr jam 7-11 pg atau 2-6 ptg. So, kami bgtau kami akan contact dia esok kalau jadi nak ambik dgn dia. Kat Brunei,cuti adalah hari Jumaat dan ahad.
Sunset tak berapa clear dari waterfront.
Senja di waterfront
On the way balik Pusat Belia
Dari waterfront, kami jalan kaki balik ke pusat belia.Ingat nak ke pasar mlm gadong tp staff kat pusat belia cakap pasar mlm tu jauh dan x boleh jalan kaki. Sebab kami pun x ada transport dan sebab bus kt sini pun sampai jam 6 ptg shj...jd kami pun menapak ke medan selera yg terdekat..jauh jgk lah nak sampai...siap sesat dulu...
End of day 1....bersambung
No comments:
Post a Comment